Friday, 29 April 2011

ANDAI LELAKI TAHU ....

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila seorang perempuan jatuh cinta ,
  • lelaki itu tidak semestinya punya segalanya.
  • tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata ,
  • itu bukan bermakna dia lemah ,
  • tetapi dia sedang mencari kekuatan ,
  • untuk terus tabah menyintai kelaki itu..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila seorang perempuan marah ,
  • memang dia tidak mampu mengawal perasaannya ,
  • tapi percayalah , itu maknanya ,
  • dia sangat mmengambil berat dan menyayangi lelaki itu ..

  • lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh ..
  • tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang ,
  • semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila pperempuan bercakap  banyak ,
  • dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas ,
  • tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabial perempuan berkata dia mahu anda berubah ,
  • itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya ,
  • tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik ,
  • bukan untuk dirinya ,
  • tetapi untuk masa depan anda ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda ,
  • bukan bermakna dia tidak sayang ,
  • tetapi dia terlalu sayangkan anda ,
  • dia masih menganggap anda anak kecil ,
  • yang masih memerlukan sepenuh perhatian ..

  • kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya ,
  • anda akan mengkhiaanati kepercayaan yang diberi ,
  • naluri keibuannya sangat kuat ,
  • dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila perempuan merajuk ,
  • jangan kata dia mengada-ngada ,
  • dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit ,
  • atau hadiah sedozen ,
  • tetapi cukup dengan perhatian ,
  • yang boleh buat perempuan rasa dihargai ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila perempuan jarang mengatakan I LOVE YOU  ,
  • itu tidak bermaksud dia tidak menyintai  ,
  • tetapi dia mahu lelaki itu  merasai sendiri cintanya ,
  • bukanm hanya hadir dari kata-kata ,
  • tetapi juga melalui bahasa tubuhnya ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila perempuan kata dia rindu sama kamu ,
  • dia benar-benar maksudkannya ,
  • apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain di mata ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu ,
  • jangan percaya kata-katanya ,
  • kerana dia hanya mahu menguji kamu ..

  • dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya ..
  • walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya ..

  • selagi dia dengan kamu , percayalah ,
  • walaupun perempuan menganggap masih ramai yang lebih baik di matanya ,
  • tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila perempuan menjadi degil ,
  • dia bukan bermaksud untuk menjadi degil ,
  • tapi dia mahu melihat ,
  • sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kkerenahnya ..

  • percayalah , hati perempuan itu sangat lembut ,
  • andai kene caranya ,
  • jangan terkejut akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat ..

  • andai lelaki tahu ..
  • apabila perempaun berkata ,
  • 'tolong tinggalkan saya  ' ,
  • dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya ,
  • dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja ..

  • apabila dia kembali tenang ,
  • percayalah dia akan mencari anda semula ,
  • itu tandanya dia benar-benar menyintai anda ,
  • perempuan sukar untuk mengawal perasaan ,
  • dia terlalu emosional ,
  • tapii dialah  yang paling menyayangi anda ,
  • dia sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda ..

  • andai lelaki tahu ..
  • sememmangnya ALLAH mencinptakan lelaki dan perempuan itu ,
  • dengan perbezaan yang tersendiri ,
  • tetapi sekiranya mereka saling memahami ,
  • mereka akan saling melengkapi dan mennyempurnakan ..

  • perempuan itu diciptakan oleh ALLA indah sekali ,
  • di sebalik air matannya ,
  • tersimpan seribu satu kekuatan ,
  • yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya ..

  • biarpun zahirnya perempaun itu tampak lemah ,
  • tapi dia punya kekuatan tersendiri ,
  • yang bisa menggoncang dunia ,
  • dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya ...

  • jadin hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda ,
  • kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja ,
  • tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda ,
  • dan menbuatkan hidup anda lebih sempurna ,
  • dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu
  • yang terbaik untuk anak-anak anda .....